Sunday, March 30, 2008

af thingy 2

ini lah komen saya yg boleh dikire pengikut setia akademi fantasia.

i really enjoyed myself last night.
the concert was pretty awesome.
ac mizal also getting better.
less nervous compared to previous concert.
funnier, relax, interesting.

of course few slacks here and there.
but i must say thanks to Adlin Aman Ramli.
komen nye tak bias, tak la over shadow,
even dia ni bleh dikategorikan sbg org ckp lepas
tp apa dia ckp tu bleh diterima pakai ape?

overall dlm 2nd concert
stacy was the best to me. her voice was excellent.
i aslo luv nubhan's voice (again)
riz bukan tak bagus, cuma mungkin pancit di hujung lagu.

i dunno what happened to stanly.
over do it i guess.
same goes to nadia.
over confident kot.
skali lain jadi masa concert.

hah ni nak komen 1 lagi. bese la i kan pengikut setia
apsal la fesyen baju bebudak laki kali ni?
halo. en jasmi, nape saya rase mereka punye fesyen
macam fesyen u je? they are not u
hahahahha oops stetmen berani mati.
btol ckp adlin smalam. apa kehal la deme pakai cmtu

saya mmg dah duga pun ika akan kuar
bukan ape, shes not serious pun dlm akademi
sibuk duk nyanyi2 lagu2 org len bagai
and mungkin dia sronok2 je kot masuk sini.
hah satu lagi, korang pasan tak
masa lufya nye persembahan. hiks.
malu okek.

lastly, saya sangat suka concert smalam.
klakar, simple, menarik.
perhaps apa kata keep adlin for every concert
bleh ka astro? hiks

ok la. i tgh enjoy tgk anugerah bintang popular ni.
mintak diri dulu ye.
hiks

Saturday, March 29, 2008

ekspresi hidup ini

saya ada dgr iklan dlm radio tau.
dia kata

hormatilah minat kawan karib anda
kerana lama kelamaan
anda akan lebih di hormati

berkawan baik tidak semestinya
anda memiliki sepenuh hidupnya

bertolak ansur lah dalam berkawan
kerana mereka juga akan
lakukan benda yang sama


ada pula yang kata

jika dia buat salah
maafkan lah dia
kerana mungkin satu hari nanti
kita akan buat salah,
macam dia juga


ada jugak kata

kadang kadang kawan itu
yang kita kenal lebey 10 tahun pun
belom tentu sebenarnya kawan baik

we tend to tell ourselves
that she/he is our bestfriend.


dan apa yang saya boleh kata

saya tak sedar
dengan perubahan zaman.




oleh itu, saya tekad nak cari lebih ramai kawan.

Wednesday, March 26, 2008

mahu

saya mahu

  1. lulus dlm final exam april nnt
  2. diterangkan hati untuk mengingati
  3. dihindari dari sifat pemalas
  4. lebih bersabar dan tidak mudah terasa
  5. lebih matang

dan juga....

  1. makan prawn mee kat oldtown kopitiam
  2. makan roti bakar kat pak li kopitiam
  3. makan kat william's
  4. cuti panjang (leh tido<---ini harus)
  5. cari a nice pair shoes utk formal function
  6. HABES BLAJA

moga-moga tercapai la semua hasrat ku ini. Amin.



ikhlas dari saya yg serba mahu ini.

Monday, March 24, 2008

AF6 thingy

mula malas nak komen. tapi rasa nyampah itu tahap gaban ok.

tapi nak komen for the 1st concert
pun mcm tak fair for them kan?
bak kata Ramli MS dalam utusan arini.
diorang di kutip utk belajar.
bagik la mereka chance kan?
cuma i think tak patot 1st week ni ade yg kuar
sbb SUME PUN LEBEY KURANG

well i must say ade yg bleh nyanyi fluently
ade yg bagai nak rak cube menyanyi
i like stacy, dunno why si lady yg arab fashion itu
compare kan dia ngan alicia keys
bukan suh carik identiti sendiri ke? hmmm pelik.

i like riz and nubhan's tone. very the unique.
cuma mereka kene work harder la kan?

i luv stanly's voice. tp tgk la pasni nye lagu
bleh ke dia nyanyi other genre kan?

tp bukan la makna yg lain tak bagus.
tau!

problem is kite terover expect
ape akan jd dlm konsert pertama tu
kite expect AC better, dia pun gugup i guess
and cara dia berlawak pun dah mcm fake je.

the para pengkritik
very the nak over shadow ok.
the word makcik? hello anda dlm show business
takleh ke lebey sopan. kakak will do.
or maybe mem? madam?

one thing forsure, si Faisal itu,
kenapakah muka anda sgt berlagak.
bajet anda ustaz asri no 2 ka?
haiyaaa.


overall : kecewa oi konsert pertama cmni rupe. ekekek



esok ade test eco. matik la saya

Saturday, March 22, 2008

luv life



hari ni hari jadi abah saya dan umur abah saya genap 52 tahun. sebagai anak apa yang saya harapkan, abah diberikan umur yang panjang dah kesihatan yang baik. bukan apa, abah kuat bekerja. skang pula mak dah tak keje. lagi la abah kene kuat kerja kan? takpe abah, pas adik abes blaja, abah duduk umah plak. bia adik keje ok?

hah sempena arijadi dia arini. ptg smalam satu kuarga had a nice dinner at home. usually kami sambut besday ahli kuarga kat luar. tp mak came out with this idea. plus, abah bukan suka makan kat luar sgt. bini dan anak2 dia je. hiks. haa kami bertiga beranak (mak, abg, saye) bertungkus lumus ni masak utk ptg smalam. tgh hari nye mom and me went to Carrefour beli barang2 hendak dimasak.

balik singgah beli satay. kedai satay ni feveret abah. so mmg kene beli kat sini je. nak parking punye la payah. last2 order drive thru je. hiks. sambil dia bakar satay, pusing la 3-4 kali sbb tiada parking. maap la abg satay. bukan takmau kuar.


hah kat bawah ni lak, ikan bawal. kononnye sweet sour. slalu tgk abah masak utk kami. kali ni daku sbg 2nd chef dirumah try la masak. alaaaa. tak sama la mcm abah masak. nape ek? ape yg kurang ntah. sorry ye abah. tp adik dah cube apeee..


hah menu dibawah ini adalah cadangan anak tercinta abah. bese la, org tu mana makan nasik kan? so takkan la bia dia tgk je makanan. dia yg sadurkan tepung, tp maap la, saya jugak yg gorengkan. dia tu allergic kuali. muahahaha dan dan la bz dgn study


yg dibawah ni pun menu utk abangnda saya. as i told u b4, dia mmg tak makan nasik. bukan diet ke ape. DIA MMG TAK MAKAN NASIK. dari kecik sampai la beso ni. tak pnah makan.


hah since abah tak suka cake. and abah pun ada diabetes, takkan nak bg dia makan benda manis lak kan? so mak bg cadangan suh buat kuih ni. mengikut kadar kemanisan suam2.



puding jagung. ala kat kedai slalu ada. ni feveret abah. feveret abangnda saya juga. dulu kecik2 mak slalu buat. tp dah besa2 ni, ni la 1st time dibuat lagi. yg ni abangnda yg kacau bagai nak gile. kan kuih ni masa masaknye tak leh melekat. kene sentiasa kacau. exercise tangan la abang semalam. hiks


penat jugak masak2 ni. abah yg ari2 masak utk kami slamber je kan? tp dah nama pun abah, kite tatau ape dia pk. dia suka ke, dia terharu ke, dia tak suka ke. dia senyum je bile balik keje suma dah terhidang. deep inside his heart, dia je tau. tp yg penting deep inside my heart, saya sayang abah saya. abah tetap no 1 dlm hati saya tau! Selamat Hari Jadi Abah!




today is also her 21st birthday. She is Syahidah. i call her sidah to be exact. salah sorang best buddy i have til now. slalu je ber sms together ngumpat2, gossip2. dia dah layak daftar mengundi i guess? and bleh la kami p ngundi same2 nnt.shes not coming home this weekend, bz katanya. so i guess makan2 with her later.

anyway Happy 21st Birthday dear.
Moga panjang umur, murah rezeki
dan sihat selalu.
cpat kawen nak ke? hiks




Semoga mereka gembira, sihat, dan panjang umurnya. Happy Birthday jugak pd sape2 yang sambut besday arini ke, smalam ke, esok ke ye. tak lupe juga untuk ayah cik lily yang sambut arijadi nya semalam. hepi bday uncle!

Tuesday, March 18, 2008

mari jalan

hi u ols. cmne hari selasa anda? for myself, arini sangat smooth. bangun pagi dgn keadaan cukup tido (smalam tido kul 9.30 hiks) ke kelas menyanyi riang. lunch time plak p sacc makan ngan kawan2.



bukan makan kat hotel ye u ols. manyak la duit daku nak makan kat otel gune duit sendiri? kem salam la. huhu de palma ni bukak cafe ka sacc. lunch nye makan buffet. rm9.90 makan ape saje. tp without drinks la. tp tak la mcm buffet kat hotel2 tu u ols. kang mewah sgt. tp kenyang la utk kami2 yang mmg kaki lantak.




oleh kerana teramat lapo, ni la yang daku amik dlm pinggan. malu la u ols nak duduk bangkit amik makanan. bukan ramai sgt org. kalo ramai ye la org tak pasan kan? ni kalo 2 -3 kerat je, aish malu la i. hehehe


hah sronok je makan bile tade org ni. dah wat mcm umah sendiri


paling best bile deme2 yg prektikel ni pun dtg join sekaki. baru la meriah. kalo idak, kami betige je. skang baru tak segan nak amik makanan lagik. muahaha. deme lunch sampai kul 2 je la kan? kami ni sampai kul 4 baru ade next class. sambil makan siap men teka teki tau. seronokk!!


hah setelah berumah tangga kat situ, dlm kul 3 lebey kene la balik uitm. hah sempat lagi kami membeli ice cream dafi. hahahaha penangan iklan dafi ngan gita gutawa tu. membuak buak perasaan mau beli ice cream. rm2.80 each. musti la sedap kan? nnt nak beli utk mak plak. dia teringin benor nak rase. ye la tgk dafi yg buat iklan. hehehe


hah mesti la nak enterprame kan. dah nama pun blog ni dia punye. bg la chance kan? hoho sedap wo ice cream itu. cuba la kwn2.


sebelum melintas kan, nampak la booth SPR kat sini. tau la dah abes ngundi. tp stil gak i ni kene register kan? ye la dah ter register kat papua new guinea. hah kali ni kakak yg isi borang lagi sempoi, ade ke nama dah cantik SAIDATUL NAZLA bla bla bla. skali baru la pasan, dia tulis daku ni bin. bukan binti. bleh tak? nak ku maki, terasa kurang sopan. tny la dia, ade ke rupe saya ni mcm laki? dgn tak ckp sorry dia pun btolkan je. hmmm. cmno la keje cmtu?

ok la. saya harus pegi skang. saya nak hafal dialog utk lakonan mandarin esok. xiexie ni.

teka teki: bila kiter bejalan, dia berjalan. bila dia berhenti kite jalan.

Monday, March 17, 2008

Sweet Monday

hey guys. hows ur monday? bebudak dah bukak skola balik. arini mula la jalan sesak balik pagi2 kan? p mana ek coti skola seminggu itu?

my monday? good i guess. tiada yang lebey baik dari Monday yang ni. i had my modul yesterday kat uitm which was compulsory. today plak i ade satu test at 10.30am. oleh kerana penat yang maha hebat pegi modul yg dr pagi sampai ke ptg, study malam smalam terbantut hingga jam 1am je.

oleh kerana terlalu risaukan test ni. saya tidak tidur nyenyak. every hour mesti terjaga. sampai terbawa dlm mimpi ape yg i revised. penangan punye takot ngan test tu jelas terasa. last i terjaga around 3.30am. jgn kata ngeluh, marah ngan diri sendiri pun ada. ntah kenapa takleh tido. puas ku bacakan mcm2 ayat al-quran bagi tenangkan jiwa. tidak berjaya jugak.

baru dpt terlelap, dlm kul 4am black out plak. bleh tak? 4.30 dah takleh tido. mcm rimas je panas kan. ini suda lebey. btol2 mendatangkan kemarahan bile dah la takleh tido, skali black out plak. siap called TNB ok at 4.30am. yela, ape jadah 4am kamu matikan letrik umah2 org kan?

mcm2 la org tu terangkan. malas ah nak dgr lagi. dlm kul 5 amik keputusan. ah slamber tido kat ruang tamu. sejuk sket sbb simen. last2 5.30am dah ade balik letrik. cpat2 larik masuk bilik tido. pastu kan... kul 6 jam dah bunyikkk. tidaaaakkkkk. tensen nye sayeee.

sampai uitm slalu nye tido kan? ni takleh tido. so tros p cafe study utk test. hah nak tau cmne test? ya allah senangnye. eh bukan maksud disini berlagak ke ape. tp tak berbaloi daku resah sepanjang malam memikirkan test itu. 2 soalan yang simple. tidak putar belit. alhamdulillah. at least setelah dugaan ditempuhi dgn kadar sabar yg hampir berkurangan, ade jugak hikmah kan?

now dah kul 9.10pm. mata sgt la berat. ye la tido tak nyenyak. skang saya mau tido. samat malam sume.


oleh kerana i had a bad monday, td mem besar dlm umah banje mekdi. yay!

Sunday, March 16, 2008

end of the weekend

hello kawan2. bagaimana ujung minggu anda?
meh nak cite serba sedikit. ingat tak khamis aritu kete saye tibe2 mati?
oleh kerana cuak lebey. lepas pulang itu, saya tido bagai nak rak sampai ke senja.

jumaat? study. kenapa? isnin nak test la katakan.

sabtu? akhirnye ayah saya suruh pegi tuka bateri kereta. ye la setelah di perli mak saya. nak tau? "hah biakan la anak awak tu. kalo rosak lagi, anak laki awak bleh la tlg amik dia"
dgn serta merta ayah bagi duit suh btolkan. utk itu, saya tiada komen. takmau komen. malas nak komen itu shj.

ahad? SAYA BANGUN AWAL harini. kenapa? saya ade Biro Tatanegara. saya harus abeskan setiap modul itu. arini saya amik modul 2. jam 9 bermula. ade ceramah. tp lepas sign, saya p sarapan ngan kwn2 kat kedai mamak. huhu. 11.30 pegi fakulti ade latihan dlm kelas (LDK). ha thru out dkat 60 org. ade la 10 org yg kenal dan tros wat 1 team. team kami team kambing. nama company Mbek Enterprise. motto? Mbek Mbek BOOM! hahaha lawak kan?

i had fun though. sangat menarik. sume pun sporting. buat lawak2. sume tak malu2. and paling best ldk ni secara umumnye membantu kite ade keyakinan diri. bercakap di hadapan org ramai. mengeluarkan pendapat dan berfikir secara kreatif.

arrived home around 4pm. and dah settle dialog mandarin. btw, rabu ni saya ade berlakon utk kelas mandarin. hoho ntah ape jd ntah. esok lak ade test.

catch up with u later k? anyway hows ur weekend?

Friday, March 14, 2008

lagi lagi malang

hey uols. hah tgk tajuk sket! dah mcm tajuk filem senario plak kan? siap sequel lagik. as korang tau. eh ade ke yg tatau? meh nak bagitau.

saya hanyalah seorang budak perempuan yang masih bersekolah di salah sebuah sekolah yang kemudahan parking nye sangatlah terhad untuk pelajar2. dan saya hanya bersekolah dari hari Isnin sampai la Khamis. maknanye, weekend saya bermula Khamis malam. noted? understood? bagus murid2. hehe

dengan selambanya saya memonteng kelas economy ptg td. kenapa saya ponteng? hati ini berat untuk ponteng tp apabila membayangkan katil di rumah. perghh! confirm balik!

macam biasa la. keluar dari sekolah itu lalu gate belakang. tau tak? tak la sibuk sgt waktu itu di gate itu. tapi queue jugak la masa lampu merah kan? sedang saya menyanyi riang ikut alunan radio sambil menggunakan kuasa penghawa dingin, saya rasa lain macam. senyap sunyi.

ye tepat sangkaan saya. engine kereta saya mati disitu. untuk pengetahuan semua, saya memandu sebuah kereta automatic yg saya menang dari teka kacang. hihi. pelik kan? bagaimana bleh mati tibe2? panik? opkos panik ok.

org dah mula menekan bunyi yg saya suka tekan bile org tanak jalan. karma? hahaha saya jadi panik dan mau nanges. saya pasangkan hazard light. saya cuba hidupkan engine 3-4 kali. tidak berjaya. pastu saya pepura calm down. saya tutup radio, saya matikan engine. saya masukkan gear dlm mode neutral dan cuba start setelah membaca bismillah.

alhamdulillah ia menjadi. oleh kerana engine dah bleh. dgn sepantas kilat selepas lampu merah utk kali kedua jadi ijau, pecut sepecut nye. tiada radio. tiada penghawa dingin. saya check balance kredit dlm tepon. mana la tau kot pape jadi. celah mana nak call kan?

saya terus memandu pulang. even ade lampu dah nak seakan merah pun saya bantai. maap la kalo ade abg2 polis bace ni ye. saya terpaksa. walaupun town klang itu sentiasa jem. saya cecilok ah. tiada sopan bak kata org nengok saya memandu. saya terpaksa lagi la. maap ye.

bile sampai umah. mak tny, awal balik? saya senyum. itu je mampu saya buat. dan ini bukan kali pertama saya kereta di rumah meragam ketika saya yang memandu. tgh sedap2 buat u-turn pun pnah mati. tgh round about pnah. hahaha saya la pemusnah kereta. <-- ini stetmen abang ye. stetmen dari saya ----> saya sangat baik.



ade tak sape2 kenal org leh wat mandi bunga? hiks

Wednesday, March 12, 2008

malang part 2

hows ur day kawan2?
ape kaba la org yang jauh di perantauan itu ye.


seperti tajuk di atas. ia adalah satu sambungan dari cerita malang ku yang sebelum ini. tidak cukup dengan malang yg terjadi semalam. ada lagi malang menimpa ku. bila plak daku bleh menimpa malang itu ek?


kul 8.30 td ade test malaysian derivatives. even test 1 dah dpt 39/40. harus la blaja sungguh2 utk dpt 40/40 plak kan? hohoho


hah ni la detiknye bermula malang ku. kul 4 test mandarin kan? puan lecturer kelas kul 2 td lepaskan btol2 kul 4. dah la lambat! kelas mandarin kat bangunan kolej kenanga plak tu. jauhhh dari bangunan fakulti ku. eh sape yg tau, tau la ye. skali kan UJAN LEBAT!! lebat sgt2. even kalo lari2 p kat kete pun confirm basah kuyup. ate? nak buat cmne? redah je la. di saat redah itu, kami konon nak la lalu celah kete org. skali kete bmw itu park btol tade space utk muatan lutut kami nak melepasi antara kete. dah kene patah balik ke belakang kete itu. amik masa kan? yg sorang kwn ni, siper dia licin, dia bukan lari. jalan jekkk. sampai daku yg dibelakang telanggar dia di tgh2 ujan.


sampai ke kete. kami betige duk gelak2 ngenangkan kami yg basah ini. sempat lagi sapa kwn2 yg tiga org di luar ajak tumpang kete teka kacangku itu. berenam la kami. sampai je kat kolej tu, parking dia BANJIR! hahaha harus parking jauh. naseb pakgad tak saman2 time ujan. saya parking kat tempat staff. JANGAN MARAH YE. redah lagi ujan. sampai kelas tu bukan takat basah. dah macam mandi pun. sampai2 kene duduk depan. sbb sume org dah amik port kami. malang lagik!


dah tak dpt tiru muahahahaha. hentam je la. ati pun dah ingat kat umah. ye la dah basah kuyup. bila balik, dah la pening kepala. jalan jgn ckp la jem nye. dari jusco bukit tinggi, nak sampai kan ke andalas itu yg slalu nye dlm 20 minit, arini daku wat rekod. satu jam 20 minit. syabas rakyat KLANG. syabas juga contractor yg buat jalan itu. hampeh yu! tak caya? tanya la org yg dh pnah p klang. ada org siap komplen kat sms kata jem trok. hahah bayangkan saya yg ari2? tu sbb kalo abes kelas kalo rase lapa, carik makanan dulu. kalo rase mau buang air, buang la dulu.


sekian rungutan dari saya.






p/s esok nye test cancelled. postponed senin depan. huwaa tanakkkkk. tak sukeee

Tuesday, March 11, 2008

hari hari malang

past two days ni bleh dikatakan hari malang
utk diriku yg baik ini (pasan je nih)
bukan takat diri ni je,
kwn2 rapat pun same jugak.
semalam, pagi2 dtg la sang lecturer
mintak anta satu assignment
yang kami sume ingat nak diskas dlm kelas je.
skali dia suh anta
ade la sorang dua je buat kemas,
kami yg agak pemalas ni conteng2 je.
this madam kata sape tak anta
dpt zero la for assignment 3.

plak dah? dan dan la sume dlm kelas menipu
mcm anta kat side sebelah
padahal sume pun tak wat.
sementara diskas, sume pun salin jawapan.
kawan i yg sebelah ni lak lagi la.
siap bagi pesanan pd budak side sebelah
p/s jgn mark dulu, nnt i buat, baru staple.
pls tell org sebelah u jugak (kire on behalf on me)

kami pun bagai nak reban buat salin assignment tu.
dgn suka ati nye bg la kat budak sebelah tu suh staple je.
dgn senang ati anta shj.
sekali dah duduk diam2 kat tempat
baru teringat! kami lupe padam pesanan penaja tadi.
hahahah punya la sume pucat.
sbb its relate to everyone hahahaha

lecturer tu siap bg marks on the spot lak tu.
lagi la cuak kan? naseb la dia tak pasan.
phew!


arini plak. dpt result test investment analysis
korang mesti biasa dlm bab2 meniru
dlm test or quiz kan?
tipu la kalo tak pnah?
lagi2 bile dah tak cukup masa kan?
test ni aritu tak cukup masa
nak buat satu soalan on calculation.
ni la salahnye bile tiru hanya bile masa tak cukup

we dun even have time to check balik kan?
rupenye sang lecturer yg bijak ini dah tuka soalan tu
the last ques yg calculation
tu rupenye ade 2 set hahahhahaa
kantoi disini daku dan sebahagian rakanku.
bile soalan lain, tp jawapan yg tiru jawapan utk other set.

lagi bertambah suwei,
nama diriku yg baik ini last di panggey dlm kelas
dan dia tros pegi tempat daku dan ckp
"how do u get this figure. these are for other set.
nampak sgt u tiru. u tiru sape?"

patik hanya mampu senyum dan pure2 ilang ingatan
phew. naseb la dia tak bg kosong. kalo tak? naya siot!
tp itu la kan, bad impression sudah

malu? OF COURSE MALU! sbb dia pointing kat i je
and dia cume ckp ade lagi a few dlm kelas tu meniru.
tp suwei nye daku je la kan? malu giloooo
lepas ni kena la do well in her class.
tak asyik di cop peniru lak.


pesanan: jgn la meniru di waktu saat akhir. hiks

Sunday, March 09, 2008

ucapan dari saya

dulu2, i tend to taknak amik tau pasal all those things.
but currently rasenye mcm memanggil manggil.
dulu pnah wat statement, i dun care sape pun yg pimpin
but now, i do care. and i feel unsecure.
about my hometown, my education facilities,
and paling pelik dah mula worried about negara sendiri.

i hope bile keadaan dah berubah ni,
apa yang berubah, hanyalah utk kebaikan
tiada yang berubah utk keburukan.

saya selesa ngan idop skang.
kemudahan pembelajaran disediakan.
pinjaman pelajaran (even yeah nak byr nnt perit)
pembangunan yang pesat di sekeliling
masyarakat majmuk. saling hormat antara kita.

kpd encik encik, puan puan yg ade dlm BN tu
jadikan peringatan. fikirkan kembali
dimana salahnya strateginya?
bagaimana cara nak tawan semula hati rakyat?

kpd encik encik dan puan puan, cik cik saudara saudari
yang ade dlm BA plak ni,
saya hanya mahukan yang terbaik utk semua.
kpd BA, ape lagi? jgn malu jgn segan utk mula
mula berfikir bagaimana nak tunaikan janji
janji ape? ala janji dlm manifesto itu.
turun harga minyak, mansuhkan tol,
harga barang takkan naik lagi.



sekian ucapan dari saya yang tidak layak mengundi ini.

Friday, March 07, 2008

while taking a break

hey guys. its a weekend again! yeah yeah. u've heard thousand times how i luv my weekend. usually started on Friday til Sunday because eventually i dun have any classes on Friday.

but unfortunately i sure have a busy weekend this time. as far as im concern, im not qualified for voting this coming Saturday due to 'Rekod tidak dijumpai'. maybe my registration record already in Papua New Guinea hehehe.

i had a bad Thursday i guess. 2 morning classes that i attended this morning were so irritating. both lecturers kept pushing and pushing us. im not saying that they are wrong but hey, could u pls give us a moment to read the tutorial questions then give us a couple of minutes to answer the questions? unlike u who been teaching this subject for the past 15 years? im angry to myself, im angry to both lecturers but at the same time i cant do anything. while im about giving up, luckily ade la sorang sis ni calmed me down. fully stressed ok.

ok enough ckp e nglish. mesti la berterabur kan? kpd encik consultant, sile check grammar saya. hiks. suprisingly, kelas kul 2pm which was monetary economy (harus refer pd en consultant) sgt la menarik. ntah kenapa arini berminat nak dgr ape Puan tu cakap. lagipun kalo asyik tak dgr je kesian puan tu. dah la tak pnah marah, lembut je. kami yg nakal pun leh lembut ati tau.

tadi ade bitau weekend ini sgt busy kan? mari saya war war kan tentatif idop ku weekend ini. ape yg due, ape yg coming up, ape harus dilakukan.

Assignments:
10th - International Financial Management
11th - RHB Islamic Index
13th - Developing in Islamic Equity Funds

Tests:
12th - Malaysian Derivatives
12th - Mandarin 3 including Listening
13th - International Financial Management

Quiz:
11th - Monetary Economy


Wedding Ceremony: 8th & 9th


coming up:
25th - Test Monetary Economy
27th - Test Islamic Finance



currently doing the RHB Islamic Index's assignment. sekian, terima kasih.





kpd org yang nak p bercuti tu, have a nice holiday!

Monday, March 03, 2008

Monday ku

dbaru je berazam semalam. tiada lagi minggu sampah
tp arini rasa blur je idop. sume bende pun tak pasti
sampai mak kirim beli pisang goreng pun lupe nak berapa
siap ckp ngan kakak jual pisang goreng itu suh tunggu.
nak pk. ape mak ckp td
ape suda jadi? dari td dok dpan lappy.
tp tatau mau wat pe
kurang pasti juge ni.


ni muka sronok abes kelas. cpat2 balik sebelum ujan. yay!
mata tersangatlah ngantok setelah
ribut petir ujan lebat bagai melanda
tapi SAY NO TO TIDO.
esok saya ade quiz islamic finance.
masih blur la subjek ni
ntah kenapa takleh nak adapt. sape la mau tlg ni.


ni tiada kene mengena. skada nak nunjuk. hahaha saya pnah dpt prezie dari kwn kat brunei. dia dtg KL time tu. dia blogger gak. yet my irc's friend. punya la dia bebel suh jumpe time dia dtg tu. bese la daku ni kan mengada. tehegeh nak adiah dari brunei. syaratnye: HARUS GUNE PASTIK ADE TULIS BRUNEI. hahaha dpt la cekelat. sedaappp. tak sampai ati gak la nak makan memula. tp lama2, ah bedal saje. hihi. sampai skang la simpan pastik ni. ye la, nak p brunei lom mampu. dpt pastik brunei nye cop ok ape? huhu. kome ade ke?

paling klaka nye, jumpe gak satu sis ni dari singapore. turun KL jugak. yg pelik nye dia yg tunjuk jalan kat KL. hahaha kampung nye daku ini. bute jalan. ye la KL ngan KLANG kan lain? hahaha. nak menang gak daku.

ape cite senin korang sume? habaq mai sini

Sunday, March 02, 2008

new starts

mulai esok,
saya tidak akan malas lagi
saya tidak akan kurangkan tido
minggu minggu sampah sudah berakhir
final lagi 2 bulan
haruslah bermula dari sekarang




ingat ingatkan saya ye.
Happy Monday blogbuddies!




p/s ni pun dalam kadar keterpaksaan ni. nape la dah abes weekend? indah tau weekend ku. dipenuhi dgn tido. muahahaha. bye

Saturday, March 01, 2008

abang saya yang bijak

hi u ols. sori lama tak post kat sini. bukan pe. weekend ni u ols perasan tak ujan je sentiasa? so paham2 je la u ols. i ni allergic ngan ujan. asal ujan je u ols, i mesti nak tido. tak kire waktu. ni pun ku gagahkan juge mata ini u ols. gediks sungguh ai tau




ari jumaat aritu, lepas abang p semayang jumaat. mak kirim kat dia kelapa parut sebiji dgn terung. mcm bese la, abang akan tny, bape banyak kan? ala bukan dia tau pun berapa cukup kalo skali masak dlm gulai ni. mak pun pesan. kalo panjang dan besar, beli la 2 biji je. kalo pendek skit beli 3.




dlm kul 3 dia pulang la bawak ape yg mak kirim tu. hah tgk la terung kat bawah ni




dia beli 4 tau u ols. baik abang tau. beli lebey. jgn terkurang dari ape mak pesan.tapi.... masalah nye....




pendek bebenor. kecik bebenor. cube tgk tinggi mana je kalo banding ngan blender mak i tu. ada la panjang jari telunjuk. hahahahahah mak ngan i pakai gelak la kat abang yg muka tanak ngalah. hahahah lawak gilo. dia siap defend diri ni. ckp kat kami, mak kata beli 3 kalo kecik sket. ni kecik banyak dia beli la 4. hahahaha lawak siot.


aritu sume pakat asyik cite pasal terung tu je. dia dah siap rungut2 kata len kali suh adik beli. muahahaha sorry la cik abang oi. anda mmg out la beli sayur nih.






p/s : si adik nye tidak pun makan terung sbenanye. si adik kan kurang makan sayur.